LPF tak akan tayang filem berunsur LGBTQ, akan lebih tegas buat penapisan

Oleh MAISARAH AISYA

Kini sudah ada filem dan drama yang berunsur LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri) secara halus mahupun terang-terangan.

Ia semakin dinormalisasi oleh sesetengah pengarah dengan alasan sebagai pengajaran namun sedikit sebanyak mengajar orang ramai gaya hidup golongan tersebut.

Disebabkan isu itu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) tayangan tidak akan meluluskan filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ lapor Kosmo! Online.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, badan yang bertanggungjawab menapis dan memberi klasifikasi filem akan lebih tegas menapis.

LPF juga tidak akan meluluskan tayangan bagi filem yang mengandungi unsur komunisme, Islamofobia, bertentangan dengan akidah Islam dan ajaran sesat.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini didapati terdapat peningkatan bagi filem-filem yang memasuki pasaran Malaysia yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat di negara kita seperti LGBTQ, komunisme, Islamofobia dan bertentangan dengan akidah Islam.

Baca Artikel Penuh