Seorang pencipta kandungan YouTube dari Amerika Syaikat menjadi bualan pengguna media sosial selepas tular videonya membeli seutas jam tangan yang disangkanya original dari jenama mewah, Rolex.
Apa yang menjadi perhatian, YouTuber yang dikenali sebagai IShowSpeed itu membeli jam tersebut di sebuah kedai di kaki lima Petaling Street, Kuala Lumpur.
Dalam video yang tular, dia kelihatan membelek beberapa jam tangan sebelum bertanya kepada pemilik kedai adakah ia original atau bukan.
Setelah peniaga memberitahu bahawa produk itu adalah original, IShowSpeed terus melompat teruja sebelum bertanya berapa harga jam tersebut.
Peniaga itu menjawab harganya adalah RM120, namun IShowSpeed menyerahkan beberapa keping not dolar AS secara tunai sebelum diterima bulat-bulat oleh lelaki berkenaan.
“Saya baru beli jam tangan Rolex asli di Malaysia berharga AS$120 sahaja. Tak percaya saya beli jam dengan begitu mudah sekali,” katanya sambil menunjukkan ke arah kamera.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka YouTuber itu boleh mempercayai bulat-bulat apa yang diperkatakan peniaga terbabit.
Mereka mengatakan mustahil jam Rolex original dijual di kaki lima dan bukan di butik.
“Kalau Speed ni menetap dekat Malaysia l, sehari aku rasa dah 5 kali kena scam ni aku rasa,” kata seorang pengguna TikTok.
“USD120 ni bagi Speed macam RM12 je,” kata pengguna lain.
“Macam tu je dia kena gula-gula (ditipu),” kata yang lain pula.
Bagaimanapun, ada pengguna memaklumkan video tersebut hanya kandungan semata-mata untuk meraih lebih ramai penonton ke saluran YouTubenya.
“Dia tahu apa yang dia buat. Mestilah dia tahu tu ‘fake’. Dia saje je beli,” kata individu lain.
Baca juga: Kuali leper ada kesan hitam di belakang? Guna 3 bahan sahaja nak cuci, nampak macam baru beli