Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dilaporkan akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum tengah hari Isnin untuk menyerahkan surat peletakan jawatan perdana menteri, kata sumber.
The Malaysian Insight difahamkan Muhyiddin mahu letak jawatan selepas parti-parti pembangkang menolak tawaran tujuh reformasi sebagai ganti sokongan undi percaya kepada perdana menteri, yang beliau umum semalam.
“Tan Sri (Muhyiddin) sudah buat keputusan,” kata sumber yang maklum mengenai perkembangan di Putrajaya sejak awal minggu ini, lapor TMI.
Sumber membayangkan keputusan Muhyiddin muktamad, lapor portal berita itu malam ini.
Petang semalam Mahiaddin telah membuat tawaran kepada pembangkan untuk mempertahankan kerajaan beliau dan mempastikan kleptokrat tidak kembali berkuasa.
Namun kesemua parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan, 15 MP Umno, Warisan, Pejuang dan lain-lain menolak tawaran itu.
Mereka membuat keputusan itu malam tadi juga dengan menganggap ia satu bentuk sogokan dari Mahiaddin.
Ekoran itu, AMANAH membuat laporan kepada polis manakala PKR membuat laporan kepada SPRM.
Petang tadi, Mahiaddin dikatakan membuat mesyuarat dengan anggota kabinet termasuk timbalan menteri dan ketua whip parti-parti PN di Putrajaya.
Sinar Harian pula melaporkan beberapa menteri mula mengemaskan pejabat mereka mulai Khamis lepas lagi.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tenang dengan apa yang berlaku sekarang walaupun beliau disebit sebagai salah seorang calon utama bakal menggantikan Mahiaddin.
Petang tadi beliau sempat berjoging di persekitaran kejiraran beliau.
“Sempat beriadah petang tadi. Kena jaga kesihatan dan stamina badan,” kata Anwar sambil memuatnaik beliau berjoging di Facebook beliau.
Seorang rakan facebook beliau, Nazarry Rosli berkata, Anwar kini tinggal di Sungai Long, berbanding Bukit Segambut sebelum ini.
“Wah, betullah dah pindah ke Sg Long ya DS, jom panjat bukit kat belakang tu, lepas tu singgah air terjun, seronok beriadah disana,” tulis Nazarry di ruangan komen.