Mahkamah Tinggi arah KDN daftar parti Muda dalam tempoh 14 hari

Oleh KIM SYAZIE

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk mendaftarkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari.

Menerusi ciapan Muda di Twitter hari ini, Hakim turut mengarahkan kementerian berkenaan membayar kos guaman kepada Muda sebanyak RM10,000.

Muda sebelum ini mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menolak rayuan parti itu untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

“Hakim telah membuat keputusan berpihak kepada kita,” ciap parti itu.