Mahu jalani kehidupan biasa, ini 5 selebriti muda yang ‘bersara’ awal

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak semua mampu untuk terus hidup diperhatikan orang ramai, apatah lagi setiap tindak-tanduk sentiasa di kritik.

Disebabkan ada selebriti, baik penyanyi mahupun pelakon yang memilih untuk fokus kepada keluarga dan tinggalkan dunia seni.

Menurut Gala, Kosmo, ini adalah lima selebriti tempatan yang mengambil keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

Sarah Hildebrand

BIODATA SARAH HILDEBRAND | Cerita Budak Sepet

Selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, pelakon jelita Sarah Hildebrand membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya pada April 2022.

Selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang seni, Sarah meninggalkan Malaysia apabila berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).

Tersasar jauh daripada bidang asal, Sarah kini berbangga apabila bergelar seorang tentera selepas menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat.

Masya Masyitah

Masya sets her sights on China | The Star

Pada 7 Ogos lalu, penyanyi Masya Masyitah menegaskan ingin memiliki kehidupan yang lebih bebas apabila enggan lagi terbabit dalam dunia hiburan.

Penyanyi tidak kisah hilang populariti apabila lebih memilih untuk kehidupan yang lebih selesa sebagai orang biasa.

Keputusan itu dibuat selepas dia menerima kecaman hebat gara-gara membuat keputusan untuk membuka tudung atas kerelaannya sendiri.

Hairul Azreen

Ads by Kiosked
Pelakon Hairul Azreen mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan persaraannya sebagai pelakon pada 21 Ogos lalu selepas 15 tahun bekerja sebagai seorang pelakon.

Hairul mengambil keputusan untuk menamatkan karier lakonan setelah memikirkan banyak nikmat Tuhan kepadanya selama ini.

kini tiba masanya untuk dia lebih fokus terhadap keluarga, terutama anak-anak yang semakin membesar.

Fatiya Latiff

Wajah Fathia berbeza, jalani rawatan estetik

Selepas sekian lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dia kini selesa dengan kerjaya baharunya sebagai kerani di sebuah firma guaman.

Walaupun tidak pernah mengumumkan bersara sebagai artis, namun Fatiya dilihat serius dengan kerjaya baharunya itu.

Ashira

Saya sedih, marah, saya juga manusia - Ashira Aziz - Kosmo Digital

Tanpa menyebut sebarang alasan, penyanyi Ashira Aziz mengumumkan nekad mengambil keputusan berundur dari dunia hiburan bagi menjalani kehidupan biasa.

Bagaimanapun dia menegaskan, dia bukan berhenti menyanyi, sebaliknya hanya enggan lagi menjadi tumpuan ramai dengan menggalas status sebagai artis.

Masuk ke industri pada usia 16 tahun, Ashira turut berharap orang ramai menghormati pilihannya meninggalkan status selebriti bagi menjalani kehidupan biasa dengan keluarga.

Baca juga: Syamsul Yusof didakwa jalin hubungan dengan wanita kaya, sekali ini respon padu Puteri Sarah