Mahu lebih banyak doktor, Alicia Amin sokong bapa cadang pelajar bukan Bumiputera masuk UiTM

Oleh MAISARAH AISYA

Isu mahu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukanlah satu perkara baru.

Namun disebabkan kurangnya pelapis doktor kini, ramai mula mencadangkan ia semula namun mengkhususkan buat kursus pengajian pascasiswazah.

Bapa kepada model Alicia Amin, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar mengakui kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan sedang jadi isu lapor Kosmo! Online.

“Bapa saya bukan seorang yang rasis. Beliau percaya dengan peluang sama rata.

“Sesuatu benda itu memperjuangkan siapa-siapa (tanpa mengenal warna kulit atau kaum), itu yang beliau perjuangkan. Malaysia perlukan doktor yang mencukupi sekarang ini.

“Bapa saya faham perlembagaan negara macam mana. Kenapa UiTM itu ditubuhkan, kenapa klausa atau peruntukan perlembagaan itu wujud untuk melindungi hak Bumiputera.

Baca Artikel Penuh