Majikan saje-saje ‘check’ telefon bibik, sekali tersentak tengok galeri penuh gambar anak…

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita yang juga ibu bekerja berkongsi kisah yang amat memberi tamparan buat dirinya selepas memeriksa telefon bimbit kepunyaan pembantu rumahnya.

Wanita berkanaan berkata, dia pada awalnya hanya mahu memeriksa telefon bimbit milik bibik yang sudah lama bekerja dengannya.

Namun ketika membuka galeri foto, dia terkejut melihat begitu banyak gambar anak-anaknya di dalam telefon tersebut, gambar dari masih bayi sehinggalah ke dewasa.

Gambar-gambar itu malah lebih banyak berbanding gambar yang disimpannya dalam telefonnya sendiri.

Wanita itu berkata, insiden itu membuatkannya tersentak kerana baru menyedari bibiknya lebih banyak menghabiskan masa dengan anak-anak berbanding dirinya sebagai ibu.

“Tersentak hati aku sebagai seorang ibu bila aku tiba-tiba ambil handphone bibik aku kononnya nak buat spotcheck.

“Bila buka photo gallery penuh pic dia dengan anak-anak aku. Dari kecil sampai besar. Dalam hati aku, pic aku dengan mereka boleh kira dengan jari saja,” tulisnya dalam satu perkongsian di Threads.

Tambah wanita itu, banyak masa yang dihabiskannya untuk mencari rezeki sehingga lupa untuk menyimpan kenangan bersama anak-anak.

Katanya, dia juga sama seperti kebanyakan ibu berkerjaya lain, tidak mempunyai banyak masa melihat anak-anak membesar di depan mata.

Namun ujarnya, dia sedaya upaya cuba menguruskan anak-anak dengan tangan sendiri khususnya selepas bekerja kerana tidak mahu melepaskan tugas menjaga mereka 100 peratus kepada pembantu rumah.

“Orang boleh suruh resign la, jaga anaklah. Lain orang lain situasi. Ada sebab kenapa saya pilih untuk menjadi ibu bekerjaya.

“Sebab ada komitmen yang tak boleh harapkan 100 peratus daripada husband. Dilema tinggal anak dengan orang lain sambil kerja,” kongsinya lagi.

Perkongsian itu mendapat banyak kata-kata positif yang memahami situasi dialami wanita berkenaan.

Baca juga: Caprice dedah bukti insiden pempengaruh hilang di Indonesia palsu, ‘pelakon’ tak dibayar