Ramai memaksa anak-anak untuk kerja kerajaan atas tujuan menyenangkan diri untuk membuat pinjaman bank bagi pembelian rumah mahupun kereta.
Namun tidak perlu sampai mempersoal anak menantu yang memilih untuk kerja swasta hanya disebabkan sukar buat pinjaman.
Seroang wanita terkejut dengan sikap suami yang mahu dirinya membuat pinjaman untuk membayar kereta suami atas alasan suami mahu namanya bersih bagi buat pinjaman rumah.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.
Saya ni ada perniagaan sendiri. Suami penjawat awam gred 41. Kami dah kahwin selama enam tahun belum dikurniakan rezeki anak.
Duduk kuarters kerajaan ni pun enam tahun dah. Bila balik rumah mentua di hujung minggu, memang rasa tak selesa.
Keluarga mentua sangatlah kedekut, paling terkejut saya alami adalah, semua mandi bawa bakul syampoo masuk bilik masing-masing.
Kalau balik adik-adik ipar suka dalam bilik. Agak berbeza dengan suasana keluarga saya yang riuh rendah.
Tahun silih berganti tahun suami nak buat pinjaman rumah asyik tak lepas. Tahun keenam saya mula bersuara nak ugut cerai baru dia nak beli rumah.
Itu pun dengan syarat, suami nak suruh saya pinjaman untuk selesai bayar kereta (SUV) bagi memudahkan dia untuk loan rumah atas nama dia.
Saya dilemma. Adakah sebagai isteri kena loan bantu suami. Alasan saya buntu tak tahu nak buat apa, saya pernah trauma.
Suami pernah kantoi curang dengan isteri anak tiga di usia perkahwinan kami yang bar menjengah setahun.
Tu pun Tuhan gerakkan hati untuk tengok telefon suami. Khilaf katanya dan berjanji tak akan curang lagi.
Sekarang saya takut nak loan untuk selesaikan pinjaman kereta dia kerana risau kereta susut nilai dan tidak menjaminkan masa depan saya masih hidup bahagia bersama suami.
Jika suami berubah 10 tahun akan datang, saya tiada tempat untuk berteduh. Duit saya dah habis bayarkan kereta dan hutang pinjaman kereta suami.
Saya ajak suami untuk hidup lebih sederhana hidup tapi dia setuju sekejap saja terus berubah fikiran esoknya.
Saya ada dua kereta yang dah habis bayar hutang cuma mileage dah agak jauh hampir 350k mileage. tapi Bezza saya masih baru.
Keluarga mentua tak bagi downgrade
Keluarga suami tak benarkan kami downgrade hidup. Ibu mentua marahkan saya sebab tidak bekerja kerajaan menyebabkan susah untuk loan rumah.
Menantu yang lain semua bekerja dan ada pinjaman kereta mahal-mahal. Saya diamkan diri bagi mengelak bertikam lidah.
Sedangkan pendapatan saya lebih berlipat kali ganda dari gaji suami. Tapi suami dan keluarga mentua tidak pernah tahu pendapatan dan simpanan saya yang sebenar.
Kami suami isteri dah bincang untuk tidak gabung nama loan rumah bagi memudahkan saya membeli rumah untuk aset dan sewakan.
Baca juga: “Suami yang beria nak bela kucing, tetapi makanan dan pasir semua aku kena tanggung”