Makan sate pun cecah RM100, warganet persoal guna daging wagyu ke

Oleh KIM SYAZIE

Terkejut melihat harga sate yang mahal, seorang pemuda tampil mempersoal harga tersebut di media sosial adalah normal kerana dilihat agak mahal berbanding di tempat lain.

Menerusi Twitter, @adiehussin94 dia memuat naik gambar sate tersebut berserta resit untuk minta pendapat ramai.

“Kakak aku beli sate, cuma nak tanya netizen sama ada ini murah ke mahal atau harga biasa,” katanya.

Seorang pempengaruh media sosial, Ceddy juga tampil ke hantaran tersebut dan mempersoal sama ada kedai tersebut menggunakan wagyu.

“Soal murah mahal ni sebenarnya subjektiflah, ikut kemampuan. Tidak, mahal nak mampuih (mati). Ni sate wagyu ke apa?,” soalnya.

Disebabkan inilah kerajaan menggesa rakyat untuk lebih bijak memilih kedai agar tidak terkena harga yang terlalu mahal kerana kuasa terletak di tangan rakyat.

Baca juga: Kecoh peniaga nekad henti jual Menu Rahmah, rupanya ini sebab sebenar