Makanan sedap tapi ‘service’ kelaut, wanita malu dimarah tukang kedai

Oleh KIM SYAZIE

Adab meniaga ini perlulah menjaga bahasa, baik peniaga mahupun pembeli kena tahu batas dan tidak melebih apatah lagi kalau menjual makanan.

Seorang wanita, @kekdeee berkongsi bagaimana dia dimarahi tuan kedai kerana ingin menukar makanan semasa sedang beratur, walhal dia masih belum membayar.

“Khidmat pelanggan dia agak teruk, kalau kau dah ambil makan dan beratur nak bayar, kau tak boleh tukar dah dan kami memang tak tahu peraturan tu.

“Benda tu kau boleh tegur elok-elok tapi kau nak marah, semua orang pandang kau,

“Malulah, kalau nak tegur, boleh je baik-baik,” ujarnya yang kecewa kerana makanan disitu boleh dikatakan sedap.

@kekdeee

Just my honest feedback and our own experience in hq kieda crepe. The reason sy buat video ni im hoping that u can improvise ure service sebb makanan dh sedap, no hate just love. #kiedacrepe #kiedacrepehqpenang #foodie #food #durian #crepeviral #viral #fyp

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Seorang pengguna TikTok, @_nabilahizzati berkongsi hal sama berlaku padanya dan menganggap itulah kali terakhir akan menjejakkan kaki di kedai itu.

“Kak, kami beratur dua jam lebih. Kena sama macam akak, kena marah depan orang ramai. Malu gila, tu memang last (hari terakhir) kami pergi,” katanya.

Secara logiknya tiada masalah malah tuan kedai atau pekerja boleh menegur secara baik namun dihadapan pelanggan lain juga wanita tersebut dimarahi.

Baca juga: Tanya lokasi dekat mana pun kena marah, ‘seller’ cakap bahasa Inggeris pula berterabur