“Makin banyak ‘scammer’ agama” – Netizen pelik ramai tertipu dengan ujian ketulenan air zamzam

Oleh MALAYSIADATELINE

Zaman sekarang semakin banyak penipuan berlaku, bukan hanya melibatkan duit malah kepercayaan boleh tergugat dek ‘scammer’ agama.

Jika dahulu tiada penipuan dibongkar disebabkan kekurangan saluran tapi kini zaman dah moden maka senang sahaja nak tularkan video pelik apatah lagi berkaitan agama.

Tular di laman X mengenai video ujian ketulenan air zamzam dengan meletakkan tasbih di atasnya dan jika ia bergerak maka ia adalah tulen.

Rata-rata netizen sendiri pelik mengapa masih ada yang boleh terpedaya dengan benda sebegini sedangkan ia adalah tidak benar.

“Banyak-banyak scammer, scammer agama ni la yang paling elok dapat first class trip masuk neraka. Menipu atas nama agama.

“Semua orang tahu khasiat air zam zam. Tapi janganlah sampai nak perbodohkan orang. Tak kan dengan air zamzam pun nak tunggang juga.

“Apa benda dia nak cuba buktikan ni? Tangan duk bergoyang kot. Tak payah la tambah benda ngarut macam ni.

“Dia tak perlu tunjuk kebodohan dengan goyangkan tasbih tu, aku pun ada air zam zam ni.. akak aku bawa direct dari sana semasa umrah, tak ada lah pula nak claim bagai,” antara komen netizen.

Baca juga: Dari pekebun kepada bos besar, ini kisah bagaimana pengasas Mixue boleh kalahkan jenama Starbucks