Hanya kerana malas mahu bangun tengah malam demi minum air, sorang wanita sanggup beli botol air hamster.
Malah botol itu dipasang di dinding berdekatan katil agar senang untuk minum tanpa perlu melangkah jauh.
Malah dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok, @seagay, dia turut mengisi botol tersebut dan meminumnya seperti yang dilakukan binatang kecil, hamster.
Rata-rata warganet terhibur dengan idea tersebut, malah ada juga yang memintanya membeli roda seperti hamster.
“Ini situasi paling kelakar pernah saya lihat,” komen Hannah.
“Mungkin saya akan minum air kalau guna cara ini,” tambah Chapi.
“Patutnya rambah roda besar untuk berlari setiap pagi,” ujar Sawyer.
Namun ada juga netizen yang menasihatkannya untuk sentiasa membersihkan muncung tersebut kerana bakteria.
“Kalau betul-betul, botol tu ada bakteria di bahagian muncung, pastikan bersih tempat tersebut dengan kerap.
“Cadangan sahaja, boleh letak botol dekat tepi katil,” antara komen netizen.
Memang unik tapi lebih senang untuk membawa botol dan letak di sebelah katil, kalau terbangun mengejut boleh tercucuk kepala.