Seramai 1.86 juta bakat tempatan Malaysia termasuk yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dilapor telah berhijrah ke luar negara demi mencari peluang kerja lebih baik dan gaji berpatutan.
Angka itu diterbitkan laporan World Migration Report oleh International Organization for Migration (IOM) tahun lalu.
Berdasarkan laporan tersebut, kadar purata migrasi global ialah 3.6 peratus namun Malaysia mencatatkan kadar migrasi 5.6 peratus daripada populasi keseluruhan, iaitu seramai 1.86 juta orang
“Maklumat terperinci mengenai statistik penghijrahan mengikut pecahan kaum, negara destinasi, umur dan alasan penghijrahan dari tahun 2018 hingga 2024 sedang dikumpul melalui kajian tambahan serta pelbagai sumber data yang relevan,” kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, memetik laporan tahun lalu.
Steven menjelaskan, berdasarkan data daripada TalentCorp dan Bank Dunia melalui kajian bertajuk ‘Leveraging on Malaysian Diaspora: Malaysian Diaspora Heat Maps’ yang disiapkan pada April 2022, populasi diaspora Malaysia di empat negara utama dianggarkan seramai 281,429 orang.
Baca juga: Sudah 2 tahun berhenti buat ‘content’ menyerupai wanita, Otam Blurr pilih bakar semua pakaian