Kerajaan Malaysia melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan, yang mana beliau menyatakan “Peguam Negara Switzerland tidak sepatutnya mengumumkan permintaanya secara terbuka untuk membantu Malaysia dalam kes siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)”.
Lebih khusus lagi ia berkaitan dengan kemungkinan penyelewengan AS$4 bilion oleh 1MDB yang disyaki telah melanggar undang-undang Switzerland. Siapalah kita untuk mengatakan begitu kepada Switzerland!
Dalam masa yang sama patutkah Peguam Negara Malaysia berhak menyatakan secara umum melalui media massa bahawa berbilion-bilion ringgit yang dibayar ke dalam akaun perdana menteri telah dibuat oleh Raja Arab Saudi walaupun dia sudah tidak ada lagi untuk mengesahkan kenyataan tersebut.
Tanda-tanda dari Arab Saudi menunjukkan mereka tidak begitu senang di atas kenyataan itu.
Adakah kita juga akan memberitahu Kerajaan Perancis untuk mengenakan kawalan maklumat pada kes siasatan pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan apabila ia melibatkan seseorang yang sangat dekat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak?
Seorang yang terlibat dalam rundingan Scorpene telah dibunuh dengan kejam dalam keadaan misteri. Bagaimanapun, apa yang kita hendak menyembunyikan dalam perkara ini.
Adakah dua kuasa asing berkomplot menentang Perdana Menteri kita?
Kegusaran Najib kian memuncak apabila Switzerland tidak lagi menjadi syurga akaun kewangan rahsia yang selamat daripada sekatan undang-undang kerahsiaan perbankan sepertimana yang diharapkan oleh Najib.
Undang-undang rahsia perbankan simpanan wang rahsia Switzerland telah dihapuskan sekarang.
Sejak laporan Peguam Negara Switzerland menyebut kemungkinan ada penglibatan beberapa pegawai kerajaan Malaysia, Putrajaya semakin tidak nyenyak untuk tidur. Apa rahsia hitam yang mungkin terungkap?
Kerajaan kita lupa bahawa sesebuah negara walaupun ianya bukan negara Islam, mereka tetap menegakkan nilai-nilai integriti dan ketelusan sepertimana ajaran Islam.
Kita walaupun mempunyai seorang Menteri yang berpotfolio Menteri integriti, ianya seolah-olah sekadar ambil syarat untuk mengisi 30 lebih jawatan menteri.
Di manakah “Amanah” yang sebenar? iaitu asas penting ajaran Islam yang sebenar yang seharusnya kita julang?
Kerajaan telah berkempen tentang dunia tanpa sempadan, aliran terbuka perdagangan dan maklumat apabila memaksa rakyat menerima TPPA.
Tetapi apabila situasi yang diambil kerajaan Switzerland telah menyebabkan kerajaan terancam, maka mereka akan bertindak menghentikan aliran maklumat dari Switzerland dan Perancis untuk mengelakkan rahsia kotor mereka diketahui rakyat.
Hipokrasi ini mesti dihentikan. Jejak skandal kotor 1MDB dari Malaysia ke Singapura, negara-negara Arab, Switzerland, Eropah, Amerika Syarikat dan Kepulauan Caymen.
Ia adalah mustahil untuk menghalang rakyat untuk terus tahu rahsia-rahsia ini dari terbongkar tetapi kerajaan pasti akan tergesa-gesa dan cuba untuk mencari jalan keluar dari kekusutan ini. Maka akan ada beberapa orang lagi yang akan menjadi mangsa isu 1MDB ini.
Ironinya, sungguhpun Malaysia mempunyai Menteri Integriti yang memilih untuk terus berdiam diri, Switzerland tidak perlu mempunyai menteri integriti seperti di Malaysia untuk memberitahu bahawa kita tidak sepatutnya berhenti siasatan dalam kes 1MDB.
Arahan Peguam Negara Malaysia untuk menghentikan siasatan ke atas 1MDB akan menghalang pihak Switzerland dari mendapat maklumat bagi tujuan siasatan mereka.
Pokoknya ialah – Adakah kita bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini ? Walaupun desakan telah dibuat dalam persidangan Raja-Raja Melayu baru-baru ini untuk menyelesaikan kemelut 1MDB, malangnya kerajaan tidak mengendahkan gesaan ini. Apakah yang diperlukan untuk menyelesaikan kemelut ini?.
Pokoknya mesti perlu ada “political will” atau kemahuan-kesungguhan politik untuk menyelesaikan masalah ini sehingga akar umbinya.
Apa yang pasti banyak dalam isu ini adalah “political will ” – penyakit politik. Negara kita masih muda tetapi sudah tenat dengan berbagai penyakit dalaman tetapi pilihan sebenarnya berada di tangan rakyat !
* Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah adalah Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah).