Sekali lagi nyawa yang begitu banyak telah terkorban dengan begitu kejam dalam satu pengeboman orang awam di Yaman. Seramai 145 orang telah terbunuh dan hampir 500 orang tercedera apabila suatu acara pengkebumian di Yaman telah di bom olih pasukan tentera sekutu Arab Saudi menggunakan alat senjata bekalan Amerika.
Apa jua alasan yang di beri peristiwa tersebut tidak patut berlaku di antara dua pihak sesama Islam terutamanya ianya melibatkan tempat orang awam.
Ini bukan kali pertama tempat awam telah di sasarkan oleh pihak sekutu tentera Arab Saudi.
Beberapa hari sebelum ini tentera laut Amerika Syarikat telah menyerang beberapa sasaran di Negara Yaman juga.
Sebuah Negara kecil dan miskin saperti Yaman telah menjadi sasaran pihak yang jauh lebih besar dan kaya menjadikan orang awam mangsa utama yang menderita teruk.
Soalnya manakah suara negara-negara dunia lain yang kononnya prihatin dengan penderitaan pihak yang lemah dan tidak bersalah di kalangan orang awam yang menjadi mangsa utama terutamanya anak kecil, wanita dan orang orang tua?
Isu Yaman adalah isu peperangan saudara dalaman dan mengapakah tentera kuasa luar yang besar bertindak begitu ganas dan keterlaluan sementara dunia luar diam?
Dunia barat berdiam diri dalam isu ini. Lebih menghairankan lagi Negara negara Islam juga berdiam diri dalam isu pembunuhan orang awam Islam di Yaman.
Amanah menggesa Kerajaan Malaysia bersuara dengan meminta kerajaan Arab Saudi menghentikan serangan sedemikian rupa ke atas sasaran orang awam.
Dalam isu Yaman ini Kerajaan Malaysia sepatutnya menggunakan pengaruh “istimewanya” menasihati kerajaan Arab Saudi supaya tidak bertindak keterlaluan terhadap rakyat Yaman.
Pada awal tahun 2016 ini saya telah menyoal di Parlimen penglibatan luar biasa tentera Malaysia dalam latihan tentera Northern Thunder di bawah tentera sekutu Arab Saudi.
Selain dari Malaysia, hanya tentera Negara negara Arab dan Afrika sahaja yang terlibat dalam latihan tersebut!
Oleh itu sekarang Malaysia patutlah menggunakan pengaruh dan hubungan istimewanya dengan tentera dan Kerajaan Arab Saudi dalam isu pengeboman kejam di Yaman.
Kerjasama rapat Kerajaan dan juga Dato Seri Najib sendiri dengan Kerajaan Arab Saudi dan keluarga dirajanya yang begitu erat hendaklah di gunakan untuk kebaikan rakyat Islam Yaman yang sering di serang dengan kejam.
Malaysia sepatutnya mendahului Negara Negara Islam lain bersuara dalam isu ini.
Raja Bahrin Shah adalah pengerusi biro antarabangsa parti Amanah.