Siapa sangka Malaysia di antara negara yang dinobatkan antara negara yang paling malas berjalan kaki di dunia.
Baru-baru ini Universiti Stanford membuat kajian global mengenai rakyat negara yang paling malas berjalan kaki.
Menurut kajian itu, Malaysia berada di kedudukan nombor 3 di dunia paling kurang aktiviti berjalan kaki.
Kajian ini melibatkan 717,000 individu dari 111 negara di seluruh dunia dan mengambil kira jumlah purata langkah harian setiap individu.
Senarai penuh “Top 10 Negara Paling Malas Berjalan Kaki” adalah seperti berikut:
- Indonesia – 3,531 langkah
- Arab Saudi – 3,807 langkah
- Malaysia – 3,963 langkah
- Filipina – 4,008 langkah
- Afrika Selatan – 4,105 langkah
- Qatar – 4,158 langkah
- Brazil – 4,289 langkah
- India – 4,297 langkah
- Mesir – 4,315 langkah
- Greece – 4,350 langkah
Menurut kajian itu, ada beberapa faktor yang menyumbang rakyat di sesebuah negara itu jadi malas berjalan berkaki.
Antaranya adalah laluan pejalan kaki sering kali digunakan untuk parkir motor, dijadikan lokasi berniaga, atau bahkan tidak wujud langsung di kawasan tertentu.
Faktor cuaca yang panas terik juga menjadi faktor utama rakyat di sesebuah negara kurang aktiviti berjalan kaki.
Namun kesan daripada kurang aktiviti berjalan kaki ini menyebabkan risiko penyakit jantung semakin tinggi.
Menurut WHO, setiap individu sewajarnya berjalan kaki sehari sebanyak 10000 langkah bagi mengekalkan gaya hidup sihat.
Kerajaan seharusnya membina fasiliti yang selesa yang rakyatnya lebih bersemangat untuk berjalan kaki setiap hari.