Malaysia terus kekal dalam radar pelabur global – Ahli Ekonomi

Oleh MALAYSIADATELINE

Data prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh pada 2022 jelas membuktikan kalangan pelabur global terus yakin terhadap negara ini serta komitmen kerajaan untuk memastikan kelangsungan kestabilan makroekonomi, kata penganalisis dan ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Shan Saeed berkata antara pemacu utama pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tersebut adalah permintaan domestik yang mantap, aliran masuk pelaburan serta angka perdagangan yang kukuh.

“Malaysia terus kekal dalam radar pelabur global akibat kestabilan makroekonomi, tenaga kerja yang produktif, prasarana serba moden, pendekatan dasar yang dipacu teknologi serta kedudukan geografi yang strategik.

Baca Artikel Penuh