Pastinya ramai akan memilih pekerjaan dengan gaji yang lebih besar, ditambah dengan faktor ekonomi dan harga barang semakin naik.
Mungkin disebabkan itulah ramai memilih membuat pekerjaan daripada sumber yang haram.
Seorang lelaki yang juga dipercayai pemandu lori sindiket penyelewengan diesel subsidi mengaku terlibat dalam aktiviti berkenaan sejak enam bulan lalu.
Lelaki berusia 30an itu mendedahkan dia mempelajari taktik berkenaan daripada bapanya yang pernah dikenakan hukuman mahkamah sebanyak dua kali lapor Kosmo! Online.
Suspek yang dikenali sebagai Rav memaklumkan dia mendapat lebih RM200 bagi setiap pemindahan dengan membawa dua lori temasuk lori tangki.
Bukan hanya itu, dia juga bertanggungjawab dalam menjaga stor haram yang menjadi markas pemindahan diesel subsidi.
“Ini kerja part-time sahaja dan saya turut bekerja sebagai pemandu treler. Biasanya dalam kerja sindiket mampu dapat sehingga RM3,000 hingga RM4,000 sebulan sebagai pendapatan sampingan.
“Mereka ini (empat suspek lain) rakan dan saya adalah ketuanya,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Jelasnya, dia melakukan pemindahan haram diesel subsidi yang diambil sekitar Shah Alam sebelum dihantar ke sebuah lokasi sekitar Taman Sri Muda.
“Biasanya dalam tempoh lebih sejam selesai pindah diesel. Kemudian, saya hantar dan parkir lori tangki itu di satu lokasi. Ada orang lain yang uruskan selebihnya.
“Sekali trip dapat RM120 dapatlah untung sampai RM3,000 sebulan. Lagipun rakan yang tawar kerja ini,” jelasnya.
Serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dengan melibatkan 25 anggota dan pegawai.
Baca juga: Gen Z letak ‘mental health’ lebih penting dari gaji, Milenial akui patut belajar daripada mereka