Mangsa Bah Kuning 2014 masih dalam ingatan NGO

Oleh ZIKRI ABDULLAH

Meskipun telah hampir dua tahun berlalu, mangsa bah air kuning 2014 masih dalam ingatan NGO yang sejak awal bersama penduduk menghadapi pelbagai kesukaran.

Dalam satu majlis penyampaian sumbangan Ramadan dan Aidilfitri di Pengkalan Chepa, aktivis i-IKram, Dr Rohani Ismail berkata mangsa-mangsa banjir harus bersyukur kerana ramai penderma terus bersimpati dan tidak lupa kepada mangsa banjir.

“Kita tahu walaupun telah hampir dua tahun berlalu masih ramai mangsa banjir belum dapat kembali pulih dari segi ekonomi dan sosial,” katanya.

Setiausaha Wanita Peduli Norhasidah Mamat sedang memberi taklimat sebelum penyampaian sumbangan

Program sumbangan kepada bekas mangsa banjir berkenaan adalah kerjasama NGO Ikram Bantu (i-Ikram) dan Pertubuhan Wanita Peduli Kelantan (Wanita Peduli).

Majlis diadakan di kediaman pesara tentera, Mejar (B) Mohamad.