Mangsa pokok tumbang kongsi rakaman ‘dashcam’ detik-detik pokok tua hancurkan kereta

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemandu e-hailing berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memperlihat detik-detik pokok di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur tumbang menghempap kenderaannya.

Pemandu kereta Perodua Bezza berwarna merah, Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26, menarik perhatian ramai selepas berkongsi saat-saat genting yang turut menyebabkan dirinya tercedera.

Menerusi video terbabit, jelas kedengaran bunyi pokok besar berusia 50 tahun itu sebelum ia jatuh menghempap landasan monorel serta 18 kenderaan lain.

Apa yang mengerikan, jelas terlihat dahan besar pokok tua itu menembusi cermin hadapan kereta dan menghempap kenderaan yang dipandu Abdul Hayyi.

“Terima kasih atas doa semua. Doakan saya Allah hadiahkan saya kereta baharu ya. Ujian baru sebulan kahwin,” kongsinya menerusi hantaran di TikTok.

Apa yang membuatkan ramai sebak apabila Abdul Hayyi tidak putus-putus mengucapkan kalimah suci Allah ketika berdepan situasi getir itu.

Baca Artikel Penuh