Amerika dan Arab Saudi adalah dua negara terkaya dunia yang meruapakan sahabat akrab politik dengan kepentingan bersama.
Dalam usaha untuk berkuasa atau terus berkuasa pihak tertentu di negara ini mengunakan taktik yang kotor berunsur perkauman dan keagamaan.
Kebelakangan ini kelihatan banyak taktik yng sama digunakan dI Malaysia dengan meluas.
Adakah ini bagi kepentingan dan tujuan yang hampir sama di mana tujuan menghalalkan cara (the end justifies the means), asalkan boleh, buatlah apa sahaja.
Baru-baru ini calon utama Presiden Amerika Donald Trump telah mengesyorkan orang Islam diharamkan memasuki negara itu atas sebab ancaman keselamatan.
Ini adalah untuk meraih sokongan rakyat bukan Islam untuk menjadi Presiden. Dalam masa sama ia mengenakan tekanan ke atas golongan minoriti Islam Amerika.
Islamphobia yang menekan minoriti digunakan untuk mendapat kuasa. Taktik yang sama digunakan oleh Le Pen calon Presiden Perancis untuk menakutkan rakyat Perancis kepada ancaman pendatang dan rakyat muslim di negara itu.
Golongan minoriti menjadi sasaran utama bagi tujuan kuasa politik.
Di Malaysia pula taktik yang sama digunakan ke atas kaum minoriti Cina yang dikatakan akan menguasai politik dan ekonomi negara.
Isu DAP memerintah Malaysia dan insiden Low Yatt Plaza serta perhimpunan baju merah adalah contoh yang memalukan. Orang Melayu ditakutkan dengan isu ini walaupun orang Cina hanya mewakili 24 peratus rakyat Malaysia.
Apa yang aneh kerajaan menjual aset utama tenaga negara yang kritikal dan penting kepada negara China beserta penjualan harta tanah utama strategik IMalaysia Development Berhad (1MDB) kepada mereka.
Inilah sikap diskriminasi aneh ke atas rakyat Cina tempatan negara ini berbanding dengan Cina asing demi kepentingan politik.
Dalam isu agama pula rakan politik Amerika iaitu Arab Saudi mengunakan isu sensitif Syiah bagi tujuan politik mereka.
Waktu Arab Spring kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir, isu ancaman minoriti Syiah dimainkan untuk mengalih pandangan dari masalah dalaman negara. Ini merebak ke negara Bahrain dan beberapa negara jiran lain.
Syiah digambarkan sebagai musuh utama negara dan bukan isu rasuah dan ‘good governance’ tempatan. Apa yang paling terbaru apabila harga minyak jatuh teruk dan Arab Saudi mengadakan perbelanjaan defisit negara yang besar, sentimen ancaman Syiah sekali lagi dibakar dengan penghukuman mati seorang tokoh Syiah terkenal rakyat Saudi bersama dengan ramai lagi.
Ini menimbulkan sekali lagi ‘hantu’ ancaman Syiah menakutkan rakyat sendiri dan menyebabkan krisis baru dengan negara syiah Islam utama iaitu Iran.
Sekali lagi isu tempatan seperti ekonomi, rasuah dan ‘good governance’ di tenggelamkan. Rakyat minoriti Syiah dan ‘musuh’ luar Syiah menjadi tumpuan.
Isu Syiah menjadi taktik sama digunakan terhadap musuh politik tempatan kerajaan Malaysia.
Tokoh tertentu pembangkang dari Parti Amanah Negara (Amanah) di tuduh berfahaman Syiah oleh Umno dan juga rakan baru serta penasihat kerajaan. Begitu juga ancaman Kristian diadakan terhadap parti musuh poltik DAP.
Ancaman ini adalah untuk menutup masalah dalaman ekonomi negara, IMDB, kejatuhan harga minyak dan rasuah. Agama pula digunakan sebagai senjata utama menakutkan rakyat supaya bersatu untuk ‘survival’ kerajaan Umno dengan bantuan penasihat agama baru mereka.
Taktik pecah-perintaah (devide and rule) memang cara lama penjajah untuk kekal berkuasa dan sekarang digunakan oleh kerajaan Umno melalui penipuan.
Isu perbezaan fahaman agama antara Sunni dan Syiah pula taktik terkini digunakan Amerika dan Barat untuk kekal pengaruh di Timur Tengah yang kini digunakan oleh Umno dan penasihat mereka untuk memelihara pengaruh yang merosot.
Syabas, mereka belajar dari musuh Islam untuk mengatasi dan menindas sesama Islam dan bangsa di Malaysia. Patutlah APCO Yahudi Israel juga menjadi penasihat mereka disamping penasihat agama tempatan yang baru.
Persoalan utama di bibir orang ramai ialah – adakah Majlis Alumni Serantau Al-Azhar baru-baru ini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui cara memecah belahkan sesama Islam sebagaimana yang disebutkan di atas.
Adakah pendekatan Assabiyah dan pertentangan diantara Syiah dan Sunni yang diperkenalkan oleh Amerika dan Yahudi direstui semua yang hadir?
Akhbar antarabangsa New York Times pada 6 Januari lalu, melaporkan kedapatan usaha melagakan pihak Sunni dengan Syiah dan mengkritik Arab Saudi yang ingin mengalih pandangan dari masalah ekonomi dan rasuah dalaman mereka. Ini membahayakan keamanan seluruh dunia antarabangsa.
Adakah Umno serta penasihatnya turut tidak bertanggungjawab hanya utuk memiliki dan memperoleh kuasa ?M
*Penulis Raja Kamarul Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.