“Masa kantoi berubah sekejap, bila aku pergi pejabat agama nak mengadu, dia cakap aku tak hormat dia”

Oleh MAISARAH AISYA

Sudahlah curang tapi masih ada hati nak salahkan pasangan, bila nak cerai burukkan pula seolah-olah bukan dia buat dosa.

Benar tak salah nak poligami, tapi adakah mampu dari segi zahir dan bukan hanya sekadar batin sahaja.

Seorang wanita kecewa apabila ada perempuan yang mengaku mengandungkan anak suami, apabila dipersoal dia pula menjadi mangsa makian.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal Kisah Rumah Tangga.

Saya seorang ibu dan masih seorang isteri. begini, ada sorang janda anak satu, anak luar nikah, katanya anak suami saya.

Tapi disebabkan wanita tersebut kerap keluar dengan ramai lelaki maka kata-kata dia sata kurang terima.

Saya nak minta fasakh tapi permohonan makin sukar, saya tak mampu tanggung anak-anak sendirian, ditambah pula dengan kos guaman maka saya tolak tepi dahulu.

Selepas itu, suami cuba berubah. dan memang nmpklah perubahan dia. Lebih bertanggungjawab untuk saya dan anak-anak.

Masalahnya si janda tu asyik buat facebook baru, tukar nombor untuk ganggu suami, bila saya minta dia tukar nombor dia bagi alasan dah sekat janda tu.

Bila saya hubungi perempuan tu, pandai pula dia tak angkat siap sekat nombor. Saya cuma nak tahu cerita sebenar.

Empat tahun berlalu, tujuh kali dia tukar nombor dan baru-baru ni saya perasan suami masih simpan nombor janda tersebut.

Jatuh air mata melihat nombor tersimpan dalam telefon suami, bila saya minta kepastian. Suami hembur cakap saya merimaskan, siap soal patut ke dia jadi suami saya lagi.

Kalau tak fikir ada anak-anak sudah lama saya minta cerai dan berpisah dengan lelaki macam dia apatah lagi kami ni asal Borneo.

Nak balik ke sana makan modal, bila ke mengadu ke pejabat agama, suami reka cerita konon saya ingkat dan tak hormat dia.

Siapa sahaja mampu hormat bukan sekali dua dia buat perangai, bertahun lamanya, wanita mana sahaja nak jadi isteri derhaka.

Saya harap sangat dia berubah dan Allah kuatkan hati saya untuk menempuhi semua masalah ini.

Baca juga: “Selepas menikah dengan isteri kaya, 4 tahun aku tak bermalam di rumah mak ayah”