Masa ‘order’ tak fikir masalah kewangan, wanita berang pembeli buat hal tak nak bayar barang

Oleh KIM SYAZIE

Sudah tahu tiada duit tapi masih nak cuba puaskan hati dengan memesan barang walaupun sedar diri tak mampu nak bayar.

Para pembeli seharusnya peka dengan kewangan sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan.

Ini tidak, bila sedar tak mampu, baru terhegeh-hegeh nak batal pesanan siap bagi alasan dan perlekeh penjual.

Seorang personal shopper (pembeli persendirian) tidak menyangka akan dipertemukan dengan pembeli yang selamba batal pesanan selepas diminta bukti pembayaran.

Menerusi Twitter, pembeli tersebut memaklumkan kepada wanita itu bahawa dia ada masalah kewangan jadi tak mampu nak bayar.

“Masa buat pesanan tak fikir masalah kewangan, bila minta bukti pembayaran cakap dia bukan kaya macam personal shopper.

“Tak kaya tak apa dik, adab kena ada. Biadap betul cara balas mesej,” ujarnya.

Tangkap layar perbualan wanita tersebut bersama pembeli.

Rata-rata warganet turut berang dengan tindakan pembeli terbabit yang terlihat marah dalam tangkap layar dikongsi wanita terbabit.

“Kenapa dia pula marah walhal dia yang mesej kita untuk order (buat pesanan), bukan kita WhatsApp dia suruh beli.

“Kalau tak mampu beli, janganlah lock (simpan). Kesian orang lain tak dapat.

“Tak perlu beli kalau ada masalah kewangan dik

“Dah la miskin, tak beradab malah bodoh pula. Eh geram pula aku yang baca,” antara komen warganet.

Baca juga: Sibuk betulkan ‘grammar’ teman lelaki member, siap gelak, wanita jadi bahan kecaman