Masak lebih masa berbuka? Ini cara nak panaskan nasi sejuk

Oleh MAISARAH AISYA

Kadang kala nasi yang dimasak tak habis dimakan ini akan disimpan dalam peti ais, bila dipanaskan pastinya ada rasa keras-keras sedikit.

Namun jika ia dilakukan dengan cara betul maka nasi sejuk tersebut boleh menjadi seperti nasi yang baru dimasak.

Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang wanita, Izz Ekin berkongsi tip untuk dapatkan nasi sejuk yang berderai seperti baru masak lepas dipanaskan.

“Pernah ternampak post pasal nasi cuci, kebetulan dua hari lepas masak nasi terlebih jadi selebihnya disimpan dalam peti ais.

“Selalunya nasi sejuk saya kukus tapi hari ini saya cuba cuci nasi lepas itu masukkan dalam periuk nasi.

“Eh hasilnya nasi berderai, canti dan lembut macam nasi baru masak,” ujarnya.

Baca Artikel Penuh