Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan kes harian Covid-19 yang terus kekal pada lima angka sejak semalam.
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 11,034 kes dilaporkan hari ini berbanding 10,089 pada semalam, sekali gus mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh lebih kurang empat bulan.
Perkembangan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 2,925,254 kes.
“Pada 7 Februari 2022, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 11,034 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my dan data harian dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu kemaskini di Facebook hari ini.