Pastinya ramai ingat akan cerita ‘Sutun’, kisah mengenai seorang pemuda yang sering mengenakan baju berwarna merah jambu.
Bukan setakat baju sahaja, malah payung dan segala barangan yang dimiliki berwarna merah jambu yang dikatakan bertentangan dengan sifat lelaki.
Siapa menyangka, Ku Yusry akhirnya muncul kembali selepas 18 tahun menghilangkan diri dari industri.

Tular sebuah perkongsian di TikTok @ciklebah7 yang melihatkan wajah terkini Ku Yusry yang melakonkan watak Sutun yang dilihat sangat berbeza berbanding sebelum ini.
Difahamkan beliau kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah malah dapat dilihat meja gurunya masih ada barangan berwarna merah jambu.
Baca juga: