Mesti ada masa tu mak-mak sibuk membeli belah sampai terlupa nak kleuarkan ayam sejuk beku untuk dimasak.
Nak tunggu ia cair tu makan masa, siap masak mi segera pun belum tentu isi ayam tu dah cair.
Rupanya ada cara mudah dan pastikan ia lembut dalam masa tak sampai 10 minit hanya perlu masukkan dua bahan sahaja ke dalam air rendaman.
Ikuti perkongsian pengguna TikTok, Anne Permata tentang cara cepat nak nyahbeku makanan tidak kira makanan laut atau ayam dan daging.
“Kalau guna air paip, ia sebenarnya makan masa juga, kalau letak air panas nanti masak pula bahagian luar ayam, jadi guna tip ini,” ujar pengguna TikTok tersebut.
Cara nyah beku ayam dalam masa 7 minit
Bahan-bahan:
- Ayam yang beku
- Air suam
- Cuka
- Garam
Cara-cara:
1. Ambil ayam beku dan masukkan dalam satu bekas sesuai dengan kuantiti ayam.
2. Masukkan air suam ke dalam bekas tersebut, biar paras melebihi ayam.
3. Campurkan garam dan cuka, nisbah sama antara keduanya.
4. Kacau biar ia semua larut dan biar ayam terendam selama tujuh minit.
5. Kemudian boleh keluarkan semua air dan ayam tadi pun lembut dengan cepatnya! Tak perlu tunggu lama terus boleh masak.
Nota penting: Ayam dan daging masanya adalah tujuh minit manakala makanan laut pula hanya lima minit.
Baca juga: Terkejut tahu Minyak Jungle Girl didaftar bawah kosmetik, bukan perubatan