‘Mat Salleh’ buat review makanan, orang Malaysia pula sibuk ‘complain’ muka peniaga

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Dapat dilihat bagaimana sikap sesetengah rakyat Malaysia yang terlalu memuji orang luar negara sehingga tidak segan silu menghina peniaga di negara sendiri.

Hanya kerana riak muka, wanita yang menjual ayam goreng gunting ini mendapat kritikan kerana tidak senyum langsung kepada pelanggan.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, pelancong @travelwithchris dapat dilihat ruangan komen dipenuhi rakyat negara ini.

Meskipun pemuda tersebut tampil dalam keadaan yang ceria serta sopan memesan ayam gunting, telatah wanita ini yang didakwa netizen sombong serta tidak mesra.

“Maaf atas perangai wanita tersebut yang kurang mesra, biasanya kebanyakan penjual ramatapi dia tidak, selamat melancong,” komen pengguna Facebook.

“Orang lihat cara kau layan pelanggan kak, jangan masam sangat muka tu. Malu kita orang Malaysia,” tambah pengguna lain.

Namun soerang pengguna Facebook, Shahmie Shahiran tampil mempertahan peniaga tersebut selepas melihat komen negatif yang dilemparkan.

“Mat Salleh tu tak ada cakap apa pun, korang (anda) pula yang beria bagai cop kedai sombong la apa.

Habis tu takkan nak perempuan tu tergedik-gedik macam perempuan murahan, dia menjaga maruah dia kira ok lah tu,” ujarnya.

Baca juga: Terkejut dengar pendedahan jujur pelancong asing ini mengenai Malaysia, ‘banyak sampah, jalan kaki susah’