Blender atau mesin pengisar akan menjadi agak sukar untuk mengisar bahan makanan apabila mata pisau menjadi tumpul akibat penggunaan yang berpanjangan.
Bilah pisau pengisar atau blender yang tumpul jangan dibiarkan terus tumpul. Sebagai perkakas rumah yang wajib ada di setiap rumah, pengguna tidak perlu panik memikirkan kaedah-kaedah rumit untuk tajamkan bilah pisau di mesin pengisar.
Mesin pengisar atau blender merupakan perkakas rumah yang boleh dikatakan tidak rumit untuk dijaga. Bahkan tidak banyak ‘ragam’ juga. Pakai bertahun-tahun pun masih elok!
Tetapi yang menjadikan kerja-kerja memasak agak lambat adalah apabila mesin pengisar tidak lagi tajam sehingga mengambil banyak masa untuk melumatkan bahan yang dikisar.
Untuk itu, artikel kali ini akan memberi panduan kepada pembaca untuk mengasah mata pisau blender yang tumpul.

1) Caranya ialah dengan menggunakan garam kasar dan bukan garam halus
Cara ini amat mudah, ambil segenggam garam kasar, kemudian masukkan ke dalam pengisar.
Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali.
Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
2) Kisar ketulan ais

Satu cara lain adalah menggunakan air batu atau ketulan ais.
Adalah baik menggunakan air batu yang kita buat sendiri kerana ia lebih keras.
Hancurkan sedikit sebelum memasukkannya ke dalam pengisar.
Kemudian kisarkan ia seolah-olah anda sedang membuat ice blended.
Kisar selama kira-kira 10 minit, dan mata pengisar akan menjadi lebih tajam.
3) Beras

Mata blender dah tumpul? Ini cara asah bagi tajam semula guna bahan-bahan kat dapur sahaja
Akhir sekali, anda juga boleh menggunakan beras untuk mengasah mata pisau pengisar.
Beras apa pun boleh digunakan, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Selepas itu, lihat hasilnya. Ia pasti akan menjadi lebih tajam seperti baru dibeli!
Baca juga: “Bila ikut akak berubat, aku pula rasa lain macam. Rupanya ibu mentua buat aku mandul”