Mawar Rashid kembali kongsi gambar terbaru tidak bertudung, promosi produk terbaru

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon Mawar Rashid membuat kejutan kepada pengikutnya apabila kembali memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram Story miliknya.

Mawar sebelum ini memuat naik gambarnya yang tidak lagi mengenakan hijab sebelum mengambil keputusan untuk memadam gambar tersebut.

Perkongsian kali ini di IG Story aktres itu benar-benar memeranjatkan ekoran ada yang  beranggapan Mawar mungkin menyedari kesilapannya dan kembali bertudung.

Mawar menunjukkan penampilan terbarunya dengan gaya rambut potongan terkini, sambil menyertakan kapsyen ringkas.

“Back to work”

Pelakon Kalis Kasih ini juga memuat naik video sambil mempromosikan produk kecantikan dan alat solek jenama miliknya.

Sehingga setakat ini, tiada sebarang penjelasan yang diberikan Mawar atas tindakannya itu dan dia juga dilihat telah membataskan ruangan komen.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat Mawar dan semoga dia kuat hadapi segala ujian yang mendatang. 

Pada 10 Oktober lalu pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, itu membuat perubahan drastik apabila memuat naik gambar tidak lagi mengenakan hijab.

Dia yang sebelum itu mengakui berdepan masalah depresi meminta maaf kepada khalayak kerana gagal istiqamah.

Situasi itu membuatkan netizen bimbang dengan keadaan kesihatan mentalnya yang pernah memaklumkan bertemu psikiatrik selepas kerap berdepan serangan panik.

Begitupun, sekitar tiga minggu lalu, peminat mula meluahkan rasa lega apabila ibu anak tiga itu memadam semua gambarnya yang mendedahkan aurat

Baca juga: Resipi ayam goreng berempah ala kedai! Kalau makan mesti bertambah nasi