Maybank perkenal ciri baru, tangani ‘scammers’

Oleh MALAYSIADATELINE

Malayan Banking Bhd (Maybank) memperkenalkan ciri keselamatan ‘Kill Switch’ yang membolehkan pelanggan menyahaktif akses Maybank2u dan aplikasi MAE secara segera dengan satu klik mudah jika berasakan mereka menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Kemudahan menerusi kedua-dua platform itu yang diperkenalkan pada 28 Jan 2023, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bank tersebut bagi meningkatkan keselamatan serta menangani penipuan dalam talian.

Dalam kenyataannya hari ini, Maybank berkata ciri ‘Kill Switch’ itu boleh diaktifkan melalui Maybank2u atau aplikasi MAE dan setelah diaktifkan, pelanggan akan didaftar keluar secara automatik daripada semua sesi dalam talian yang aktif di platform perbankan berkenaan.

“Atas faktor keselamatan, ketika tempoh penyahaktifan itu pelanggan tidak dapat daftar masuk ke dalam Maybank2u dan pengaktifan semula hanya boleh dilakukan selepas pengesahan yang berjaya melalui cawangan atau Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank.

“Ini juga akan menghalang penipu atau ‘scammer’ atau mana-mana pihak yang tidak dibenarkan daripada mengakses Maybank2u atau aplikasi MAE melakukan aliran keluar dana selanjutnya,” katanya.

Maybank berkata, pelanggan masih boleh mengeluarkan wang tunai daripada mesin juruwang automatik (ATM) dan membuat pembelian menggunakan kad debit atau kredit Maybank mereka.

Baca Artikel Penuh