Kerajaan negeri Kedah sepatutnya menyelamatkan rakyat negeri ini dari penagihan ketum serta juga berusaha bagi menyelamatkan generasi muda dari terlibat dengan penyalahgunaan ketum.
Menurut ADUN Pengkalan Kundor, Dato’ Dr Ismail Salleh cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya membenarkan ketum di eksport akan menggalakkan penanaman ketum secara berleluasa dan penagihan serta penyalahgunaan ketum secara tidak terkawal.
“Permohonan MB supaya kerajaan membenarkan Kedah menjadi pengeluar ketum bagi kegunaan perubatan ekoran permintaan tinggi dari Thailand sehingga mencecah RM150 sekilogram perlu dikaji semula.

“Kesan jangka panjang akan mengakibatkan masalah penagihan dan salah guna ketum walaupun ia dilihat boleh menjana pendapatan bagi kerajaan negeri.
“Dari sudut agama Islam pula ia telah pun difatwakan sebagai sesuatu yang haram kerana penagihan ketum tersebut mampu merosakkan otak.
“Jawatankuasa Majlis Fatwa yang telah bersidang pada kali ke-76 tahun 2006 turut memutuskan bahawa syabu, ‘mitragynine’ serta yang serupa dengannya adalah haram,”ujarnya di facebook.
Tambahnya lagi, cadangan membenarkan ketum dieksport beerti Akta Racun 1952 secara langsung dilonggarkan, ia sewajarnya diteliti dan dipertimbangkan semula oleh kerajaan negeri Kedah.
Baca juga: