Pempengaruh media sosial Wee Yun Nee atau mesra disapa Mek Yun tergamam selepas salah seorang peminatnya dikatakan telah mengajaknya untuk bermadu.
Ketika berkongsi perkara itu di aplikasi Threads, Mek Yun berkata dia disapa seorang wanita yang pada awalnya ingin mengambil gambar bersama.
Namun apa yang membuatkan dia terkejut, adalah apabila wanita itu berseloroh mengajaknya menjadi isteri kedua kepada suaminya
“Ada seorang akak ini datang nak ambil gambar dengan Mek Yun.
“Selepas itu dia tanya dua kali nak jadi bini nombor dua suami saya tak? Nak jadi madu saya tak? sambil tunjuk dekat suami dia di hadapan anak-anak dia,” katanya.
Bagaimanapun, gadis yang terkenal dengan kefasihan dialek Kelantan itu hanya mampu menolak secara lembut sambil ketawa.
“Gelak sahajalah sambal geleng kepala,” katanya.
Mek Yun mengakui tindakan peminatnya yang secara melulu itu membuatnya berasa takut.
“Takut,” katanya dalam hantaran yang sama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berasa terkejut apabila wujud individu yang bertindak sebegitu.
Walaupun ia kedengaran seperti wanita itu sedang berseloroh dan berjenaka, namun ia agak tidak selesa apatah lagi ajakan bermadu itu dibuat di hadapan suami wanita terbabit.
Namun ada yang menganggap peminatnya itu mungkin hanya mahu berkawan dan tiada niat lain.
Baca juga: Tahi burung boleh rosakkan cat kereta? Ini langkah cepat yang anda perlu lakukan