Boleh dihukum penjara, ini undang-undang paling pelik di Malaysia

Oleh WAN SITI AMINAH

Kedengaran aneh, namun rakyat Malaysia sebenarnya berdepan dengan hukuman jika didapati mengunggang gajah.

Boleh dihukum penjara atau denda ratusan ringgit jika melanggarnya, ini senarai lima undang-undang pelik yang wujud di negara kita.

1. Tidak boleh menunggang gajah di jalanraya

Merupakan pemandangan normal di Thailand, namun rakyat Malaysia tidak boleh melakukan aktiviti menunggang gajah.

Termaktub di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 11 (b) penunggang boleh dikenakan denda maksimum tidak melebihi RM50.

“Memandu, menunggang atau memimpin mana-mana gajah di mana-mana jalan awam tanpa kebenaran daripada Ketua Pegawai Polis atau pegawai yang diberi kuasa;

2. Anjing, babi atau kuda yang mengejar manusia boleh dikenakan denda

Walaupun sudah meminta maaf, pemilik yang membiarkan anjing atau babi peliharaannya berkeliaran dan mengejar orang boleh dikenakan denda.

Termaktub di dalam akta yang sama, Seksyen 6, pemilik haiwan ini bakal didenda tidak melebihi RM100 jika didapati bersalah.

3. Ketuk periuk kuat-kuat pada malam hari

Menganggu ketenteraman awam, mereka yang didapati membunyikan instrumen muzik atau perkakas rumah di tengah malam boleh dikenakan denda.

Didenda tidak melebihi RM100, pelaku dilarang membuat bising dari waktu tengah malam hingga jam 6 pagi di jalan atau tempat awam.

4. Memaki atau mengutuk orang

Tiada ‘lesen’ disediakan, mereka yang menulis atau berkata-kata kasar seperti memaki dan mengutuk boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Hukuman ini termaktub di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 14.

5. Mabuk di tempat awam

Dihukum penjara tidak melebihi 14 hari atau maksimum tidak lebih dari tiga bulan, rakyat Malaysia tidak boleh mabuk di tempat awam.

Jika didapati bersalah, pelaku juga boleh dikenakan tidak melebihi RM25 atau denda maksimum tidak melebihi RM100.

Baca juga: Strok haba: Henti buat fitnah kepada air sejuk – Dr Imelda