Menang saman, Mondy Tattoo diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew

Oleh MALAYSIADATELINE

Umum tahu mengenai isu mengenai pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo atau Dita Restu yang berkongsi perihal pendakwah selebriti Ebit Lew dalam satu podcast.

Dalam satu hantaran dimuat naik Ebit di media sosial, Mondy diarah membayar RM20,000 kepadanya sebagai ganti rugi kerana memfitnah pendakwah itu merogolnya.

Perintah tersebut dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas meneliti dan mendengar hujah Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit selaku plaintif.

Menerusi hantar tersbeut, Ebit meluahkan rasa syukur apabila dia memenangi kes saman tersebut.

“Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan dia diminta membayar RM20,000 kepada saya yang diputuskan Mahkamah Seksyen Shah Alam,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Pada masa sama dia memaklumkan akan menyaman penyanyi rap dan aktivis, Caprice kerana menyiarkan podcast itu.

“Saman saya kepada Caprice yang menyiarkan podcast itu akan berlangsung pada Mei 2025 ini insyaAllah setelah menunggu setahun,” tambahnya.

Sebelum ini Mondy dikatakan membuat laporan polis selepas mendakwa Ebit melakukan gangguan seksual ke atas dirinya.

Baca juga: Penebar roti canai warga emas rogol OKU usia 13 tahun, dihukum penjara 15 tahun dan 8 sebatan