Menang ‘TikTok Shop Creator of the Year’, Pinn Yang mahu derma RM50k kepada NGO

Oleh MAISARAH AISYA

Nak jadi TikToker pun perlukan pengetahuan yang tinggi, bukan sekadar buat video dan harapkan ‘gift’ daripada pengikut sahaja.

Jika dilihat mereka yang gemar buat ‘content’ untuk TikTok kebanyakan mempunyai ilmu yang tinggi dan bukan sekadar main buat sahaja video.

Dikenali kerana kerap memberikan hadiah misteri untuk soalan, pempengaruh media sosial, Pinn Yang menang anugerah TikTok Shop Creator of the Year.

Usai kemenangan, Pinn Yang akan mendermakan wang tunai berjumlah RM50,000 kepada sebuah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Chow Kit.

Menurut Kosmo! Online, Pinn Yang memaklumkan derma itu adalah mewakili semua individu yang sudah mengundinya sehingga dia menjadi pemenang.

“Pertama sekali, saya akan beri derma sebanyak RM50,000 kepada Yayasan Chow Kit mewakili semua yang sudah undi saya.

“Memang nak kongsikan benda baik dan kenduri juga satu idea yang baik, boleh saya jemput semua pengikut akaun media sosial ke majlis tersebut,” katanya dalam satu sidang media.

Dalam pada itu, Pinn Yang berkongsi perjalanannya sebagai seorang pencipta kandungan, dia memaklum jumlah tontonan bukanlah sasaran utama.

“Saya mula aktif dengan TikTok pada tahun lalu dan letak ‘target’ perlu ada satu video setiap hari.

“Saya tidak kisah video itu viral atau tidak serta teruskan sahaja cara itu. Inilah antara tip yang saya boleh kongsikan kepada sesiapa yang mahu menjadi content creator.

“Paling penting jangan putus asa kalau tiada atau kurang jumlah tontonan. Teruskan buat konten,” katanya lagi.