Mengajar lebih had umur, pesara guru terkilan perlu pulangkan lebih RM21k gaji

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak mengetahui usia persaraan guru, seorang wanita terkilan apabila diminta memulangkan semula gaji selama dua tahun berkhidmat.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Indonesia apabila Asniati yang juga seorang guru di Jambi mengajar dua tahun selepas persaraannya.

Menurut SerambiNews.Com, Asniati diminta memulangkan semula gaji sebanyak Rp 75 juta (RM21,580.27) kepada negerinya.

Kes ini dikatakan berlaku dua tahu selepas Asniati diisytiharkan bersara daripada kerja dan menjelaskan bahawa dia tidak mampu memulangkan semula duit sebanyak itu.

Pada masa sama. wanita berusia 60 tahun itu tidak tahu mengenai usia persaraan guru adalah pada usia 58 tahu.

Dek kerana tidak mengetahui hal sebenar, dia tetap hadir dan mengajar seperti biasalah hinggalah usianya mencecah 60 tahun dan menerima gaji seperti biasa.

Pada tahun 2023, Asniati mula memproses fail persaraannya di Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Muaro Jambi.

Dia kemudian dipanggil oleh Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Muaro Jambi pada 1 Julai lalu kerana isu ‘terlebih membayar gaji’.

“Jika persaraan saya 58 tahun, seharusnya gaji saya dihentikan sewaktu itu juga dan meminta saya berhenti mengajar,” sambungnya.

Asniati mengakui dirinya terkilan dan keberatan untuk menyerahkan semula gaji seperti yang diminta kerana ia adalah wang peribadinya.

Sementara itu, Ketua Pelantikan dan Data ASN di BKD Muaro Jambi, Rini Herawati menjelaskan, Asniati telah didaftarkan untuk bersara sejak 2022.

Bagaimanapun, wanita itu hanya mengusulkan persaraannya pada Ogos 2023.

Wanita tersebut ditemani cucunya tampil ke pejabat bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu tersebut.

Bacanya juga: Pemuda kesal peniaga jual nasi lemak RM4 tapi tak ada sambal dan telur, ikan bilis boleh kira pakai jari