Pelakon Nur Fathia Latiff yang dahulunya berterusan terpalit kontroversi, membuat kemunculan semula di media sosial dengan kerjaya baru yang berbeza dari kerjaya lamanya sebagai pelakon.
Aktres kelahiran Pulau Pinang itu memaklumkan dirinya kini sudah berkecimpung dalam bidang guaman dan secara sahnya menjadi seorang pengamal undang-undang.
Berita baik itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya beserta beberapa keping foto dan video bersama rakan-rakan sepejabat.
“Officially a legal practitioner…”tulisnya ringkas.Menerusi hantaran tersebut, aktres berusia 36 tahun itu kini bekerja di syarikat guaman Tawfeek Badjenid & Partners.

Empat tahun lalu pada 2019, Fathia yang membawa imej bertudung mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tidak bertudung.
Lebih memeranjatkan, dia juga mengenakan gaya rambut pendek ala tomboyish sehingga mengundang tanda tanya terhadap kesihatan dirinya.
Sekadar indo, Fathia menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Disember 2014.
Dia juga mempunyai adik beradik yang berlatar belakangkan pendidikan hebat termasuklah ada yang menjadi peguam dan juga doktor.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tumpang bangga dengan pencapaian Fathia dengan kerjaya tersebut.
Baca juga: Lelaki sanggup keluar belanja RM1.7 juta, beli lebih 12,000 koleksi patung Barbie