Menitik air mata tengok perpisahan anak melayu dijaga ibu angkat cina sejak kecil ini

Oleh WAN SITI AMINAH

Masih ingatkah pembaca akan pengorbanan menyayat hati seorang wanita Cina yang memelihara anak gadis berbangsa Melayu?

Kisah itu pernah tular berikutan gadis Melayu itu ditinggalkan tanpa kerakyatan oleh ibunya ketika masih bayi. 

Isunya kini sudah selesai, gadis yang bernama Rohana Abdullah itu mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajaran ke universiti awam.

Menerima tawaran di saat akhir, Rohana merasa berat hati untuk meninggalkan ibu angkatnya, Chee Hoi Lan seorang diri.

Tidak pernah berkahwin sejak menerima tanggungjawab menjaga Rohana, Chee kini telah menjangkau usia 85 tahun.

“Hati ini bertambah berat apabila perlu meninggalkan Laoshi (ibu angkat) untuk tempoh yang lama dan berjauhan dari Kuala Lumpur. 

“Kebelakangan ini Laoshi selalu menangis bila mengenangkan kami akan berjauhan selepas ini. Jadi lebih baik kalau ada orang temankan,” katanya.

Walaupun berbeza agama, wanita tua itu tidak pernah lelah untuk mengingatkan Rohana untuk tidak meninggalkan solat.

“Sebagai manusia nilai murni atau moral jangan lupa, solat semua jaga dan saya pesan supaya telefon dia mesti sentiasa on (hidup).

“Memang berat hati hendak berpisah tetapi demi masa depan dia saya relakan juga,” ujar Chee Hoi Lan yang pernah berkhidmat sebagai guru sekolah.

Baca juga: Dah cek kereta anda? Ini tips nak periksa kereta balik raya, jangan menyesal tak sudah nanti