Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata siasatan awal pihaknya berkaitan video tular membabitkan kes buli didapati tidak membabitkan institusi di bawah KPM.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah berhubung dengan pihak yang terbabit dan dimaklumkan tindakan susulan sudah diambil.
“Berkaitan video tular (kes buli), siasatan awal mendapati ia tidak membabitkan institusi di bawah KPM.
“KPM komited menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras konsep #sekolahkuSEJAHTERA,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Twitternya.
Tular di media sosial seorang pelajar lelaki difahamkan dari sebuah sekolah berasrama di Perak menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lelaki.
Menerusi beberapa klip video yang tersebar itu dilihat pelajar terbabit mengepung dan menumbuk perut pelajar lelaki itu sambil ketawa.
LANJUT MENYUSUL