“Menyesal tolong rakan sekerja wanita tukar tayar, sekarang dia tak habis nak kacau aku dengan isteri”

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada yang tidak memahami bila permintaan untuk mengenali hati budi ditolak, ada yang tetap terhegeh-hegeh meraih kasih orang lain.

Kadang-kadang nak buat baik pun rasa takut sebab bimbang niat baik disalah erti oleh individu lain.

Seorang lelaki mengakui menyesal membantu rakan sekerja wanita menukar tayar apabila kerap diganggu individu tersebut selepas hari kejadian.

Di bawah adalah luahan yang dikongsi seorang lelaki yang menyembunyikan identitnya kepada pengguna X, @pelisahh.

Aku sebenarnya menyesal sebab pernah tolong rakan sekerja perempuan aku tukar tayar kereta dia masa kereta dia ada masalah lepas balik kerja.

Ceritanya aku dalam perjalanan balik kerja, nampak kereta dia tersadai tepi jalan bila aku berhenti tengok rupa-rupanya nak kena tukar tayar.

Jadi aku pun tolong dia sebab aku rasa macam tak patut pula aku biar perempuan sendirian malam-malam kat tepi jalan yang entah selamat atau tak.

Selesai tukar, tayar kami pun bersurai lah. Bukan masalah besar pun sebab aku biasa tolong hal macam ini. Masalahnya sekarang aku pun tak tahu apa rakan sekerja aku fikir but dia tersuka kat aku.

Suka yang dia nak ada hubungan serius dengan aku, memang dia cakap dia rasa rugi kalau terlepas aku, padahal aku dah kahwin, bahagia dengan isteri aku.

Bila makan tengah hari, dia mesti cuba nak makan semeja dengan aku, bila aku keluar surau dia mesti ada kat situ and nak jalan balik satu jabatan dengan aku.

Hari-hari mesti belanja aku air and macam-macam hal lah. Bila aku elok-elok cakap minta dia berhenti sebab aku tak plan nak kahwin lebih satu atau curang, dia buat tak endah.

Sekarang dia buat hal follow isteri aku dekat media sosial dan selalu like hantaran isteri aju sampai dia rasa rimas dan sekat perempuan tu.

Ada sekali masa aku keluar berdua dengan isteri, kami terserempak dengan dia dan Ya Tuhan, dia ikut je kami masuk ke mana-mana kedia sampai kami berdua bengang.

Mungkin dia tak faham jadi aku ulang sekali lagi siap minta maaf sebab bagi ‘false alarm’ dan aku tolong tukar tayar sebab niat membantu sahaja.

Kau tahu apa dia buat lepas tu? Kekal seperti biasa menganggu aku sampai aku rasa serik nak tolong orang, dekat lima bulan aku hadap perangai dia.

Baca juga: Gadis ‘murah hati’ masak bekal untuk suami orang, terkejut dilamar jadi isteri kedua