Merdeka Center dakwa prestasi Anwar merosot, sekali brother ni buka cerita sebenar

Oleh MAISARAH AISYA

Rupanya senang untuk mengawal sesuatu tinjauan yang bergantung kepada reaksi dan perasaan manusia apatah lagi pendapat melibatkan kerajaan semasa.

Pemerhati ekonomi, Nazri Hamdan membuat kesimpulan ringkas berdasarkan data yang diperoleh daripada Merdeka Center.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Nazri melihat semula trend atau data yang dikumpul berdasarkan kerajaan yang memerinta bermula dari Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 kepada Kerajaan Perpaduan.

“Pertama sekali perlu difahami bahawa tinjauan Merdeka Center ini adalah tinjauan berasaskan pendapat maka data akan dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku,” ujarnya.

Dapat dilihat berdasarkan carta, jelas terlihat garisan biru yang menurun semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Garisan biru menunjukkan kepuasaan hati rakyat manakala garisan merah adalah ketidakpuasan hati rakyat.

Semasa pemerintahan Tun M populariti kerajaan memerintah menurun dari masa ke semasa sampai di akhir pentadbiran.

Namun semasa Ismail Sabri memerintah dapat dilihat ia lebih teruk daripada kerajaan sebelumnya yang dibawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketidakpuasan hati terus menjunam.

Tapi semasa Muhyiddin memerintah dapat dilihat ada dua ketika yang garisan biru naik semula, selepas diperhatikan rupanya ada yang berlaku pada bulan tersebut.

“Trend antara tiga-tiga kerajaan ini adalah sama, melalui masa populariti kerajaan akan jatuh,” tambahnya.

Peristiwa pertama yang berlaku adalah pada November 2020 apabila kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP akaun 1 sebanyak RM10,000.

Manakala yang kedua adalah pada Julai 2021, iaitu kebenaran mengeluarkan lagi wang daripada KWSP menerusi akaun i-citra.

Jadi untuk Kerajaan Perpaduan di bawah pemerintah Datuk Seri Anwar Ibrahim naik semula ini adalah cadangan Nazri.

“Kesimpulan sangat senang, kalau kita banding semua kerajaan ini popularitinya akan jatuh, nak naik dengan menggunakan dasar-dasar populis.

“Kalau Kerajaan Perpaduan nak naikkan semula boleh guna dasar populis ini namun kesan akan datang adalah negara boleh bankrupt dalam masa beberapa tahun.

“Bagi mengurangkan beban hutang, kerajaan terpaksa melaksanakan dasar tidak populis walaupun akan menyebabkan populariti kerajaan jatuh sekalipun tapu keadaan kewangan negara akan bertambah baik,” jelasnya.

Baca juga: Ucapan keras Anwar depan muka Joe Biden dikecam Mossad Israel, kemenangan buat Malaysia!