Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa kesal atas tindakan seorang usahawan yang memuat naik kandungan kontroversi mengenai penyakit kelamin dan kebersihan alat sulit suaminya di media sosial.
Menerusi hantaran dikongsikan di platform Instagram itu, Michael menyelar tindakan usahawan masa kini yang rela mendedahkan perkara begitu peribadi semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai.
Pemilik nama sebenar Michael Ang Hai Swee itu bukan sahaja menyifatkan tindakan segelintir pihak ini sebagai terdesak namun turut hairan dengan sikap mereka yang sanggup membuka aib sendiri tanpa secebis rasa malu.
“Nak tular pun agak-agaklah! Tak akan sampai tahap biji suami kepam dan terkena jangkitan Herpes nak beritahu satu dunia! Tetapi apabila difikirkan balik, orang berniaga ini bukan boleh percaya sangat.
“Entah-entah sepakat buat ‘content’ (kandungan). Tetapi tiada rasa malukah buat perkara macam itu? Betul-betul terdesak ini. Namun saya rasa penyakit Herpes itu betul. Tengoklah kulit muka perempuan itu.
“Geli saya tengok. Entah berapa banyak lapis ‘foundation’ (bedak asas) dia sudah letak. Tetapi tompok hitam macam bernanah itu tidak hilang,” kesal penerbit berusia 55 tahun itu dalam perkongsian tersebut.
Michael dalam hantaran sama juga sempat memberikan cadangan dengan menyenaraikan produk kecantikan yang boleh digunakan oleh usahawan terbabit untuk merawat wajahnya dan memudarkan tompok hitam itu.
Penerbit itu juga berkongsi pandangan bahawa individu sedemikian sepatutnya dijauhi kerana pemikiran mereka terutamanya di dalam isu penciptaan kandungan sudah mencapai tahap tidak masuk akal.
“Insya-Allah hilang dan jangan lupa sapu dekat biji suami awak juga ya. Tak tahulah dengan orang zaman sekarang. Semua sudah gila dan mungkin tak reti malu! Apa yang kamu orang fikir ya?
“Manusia macam ini sepatutnya dijauhi ya. Sebab tahap bodoh mereka sudah tak masuk akal.” Ujar Michael Ang yang tampak begitu geram dengan tindakan usahawan terbabit.
Terdahulu, seorang usahawan sensasi berkongsikan satu rakaman video ketika dirinya berada di sebuah hospital dan bertanya kepada doktor mengenai mulutnya yang mengalami masalah bintik-bintik dan terasa kebas.
Selepas diberitahu mengenai penyakit Herpes, usahawan itu dengan nada berseloroh mengaitkan punca jangkitan dialaminya dengan kebersihan alat sulit suaminya dan melontarkan kata-kata ‘telur dia masam’.