Minta isteri letak topi untuk memancing, lelaki terpaksa guna ‘pampers’ di kepala

Oleh KIM SYAZIE

Sudah menjadi hobi para lelaki untuk keluar memancing, tidak kira di sungai mahupun laut demi masa untuk diri sendiri (me time).

Namun agak sukar untuk memujuk isteri untuk keluar, kadang kala terpaksa belanja makan sebelum diberi izin untuk keluar memancing.

Bagi pempengaruh media sosial, Chazynash, dia terpaksa akur menggunakan lampin pakai buang bayi yang disertakan isterinya.

“Bila minta isteri tolong kemas barang memancing, suruh letak topi tapi dia masukkan pampers (lampin pakai buang).

“Harap-harap pampers ni ada perlindungan Ultra Violet (UV),” katanya dalam hantaran di Facebook.

Rata-rata warganet tergelak sambil menyatakan mungkin peluh boleh diserap dengan lebih baik.

Baca Artikel Penuh