Minta projek tebatan banjir disegera, Tuan Ibrahim dipersoal kenapa tak buat masa jadi kerajaan

Oleh KIM SYAZIE

Projek tebatan banjir sekali lagi menjadi modal pembangkang untuk menggesa kerajaan dengan alasan atas kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta perdana menteri untuk menyegerakan projek. Beliau malah mempersoal mengapa projek tersebut dibatalkan.

“Sebelum ini saya sudah berkali-kali menyatakan bahawa projek tebatan banjir perlu disegerakan.

“Malah saya pernah mempersoalkan tindakan PMX yang membatalkan projek tebatan banjir serta merta sejurus pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya di Twitter.

Projek tebatan banjir bagaimanpun tidak dibatalkan malah diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuma ditukar sahaja kepada tender terbuka dan bukan rundingan terus.

Pengguna Twitter, @NoorAminAhmad menyelar ciapan Tuan Ibrahim yang pelik kenapa projek tersebut tidak dimulakan semasa Pas memerintah.

“Boleh YB bagitau kenapa segera tu mesti lepas Parlimen bubar? Kenapa tidak 2020, 2021 atau awal 2022? Kata segera kan?,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna, @joe_tranz tidak memahami mengapa Tuan Ibrahim asyik mengulang projek itu batal walhal tidak.

“PM Anwar dah cakap. Projek tebatan banjir tak dibatalkan dan diteruskan. Cuma ditukar daripada rundingan terus kepada tender terbuka.

“Dalam kes urgent (mendesak), rundingan dipercepatkan dengan syarat mematuhi segala prosedur.
Haishhh tak faham kenapa TITM (Tuan Ibrahim) asyik ulang dibatalkan,” ujarnya.

Baca juga: Ketua Hakim Negara bimbang kes dadah paling banyak direkod di Kelantan