Meskipun ada yang meminta sedekah secara baik, ada juga dilihat memaksa orang ramai memberi duit kepadanya.
Kadangkala musykil juga seberapa banyak wang diterima pengemis ini, ada yang sampai puluhan ribu dalam simpanan.
Biasalah bila sudah dapat duit secara senang pastinya ramai mula malas untuk mencari rezeki dengan kudrat sendiri.
Tular seorang seorang warga emas dari Indonesia yang mengumpul wang 40 juta rupiah (RM10,956) hasil daripada mengemis.
Lelaki berusia 70 tahun di Kediri, wilayah Jawa Timur dikenali sebagai AR ditahan selepas mengemis di sebuah persimpangan dekat Jalan Kawi lapor portal berita Tribunnews.
Polis tempatan memaklumkan pihak mereka menerima beberapa aduan mengenai AR yang dikata memaksa orang ramai bersedekah kepadanya.
“Dia ditahan selepas orang ramai membuat aduan mengenai lelaki yang meminta sedekah secara paksa.
“Pengemis itu turut menahan kereta dan motosikal yang lalu lalang untuk meminta sedekah,” kata polis.
Susulan tangkapan, AR dikatakan membawa dua plastik berisi wang kertas berjumlah 40 juta rupiah ke Balai Polis Kediri.
“Kami mendapati beg plastik itu berisi wang kertas bernominasi 2,000 rupiah (RM0.54) dan 100,000 rupiah (RM28).
“Wang tersebut adalah hasil mengemis selama beberapa minggu,” tambahnya.