Misteri kubur-kubur tanpa jenazah, kain kafan dipenuhi paku

Oleh KIM SYAZIE

Penduduk di sebuah daerah di Jakarta diselubungi misteri apabila beberapa buah kubur dilaporkan hanya terisi kain kapan yang dibalut seperti ‘pocong’, namun tiada mayat di dalamnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada mayat tersebut dibawa keluar atau kubur tersebut sememangnya kosong.

Namun menurut laporan laman berita negara itu, beberapa barangan tajam ditemui dalam balutan kain kafan dipercayai digunakan seseorang untuk melakukan perbuatan syirik.

Memetik Agensi, kubur-kubur itu terisi dengan sejumlah objek yang dibalut seperti ‘pocong’ menggunakan kain kafan untuk ritual ajaran sesat.

Gambar memaparkan penemuan ‘pocong’ itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48. Setelah diperiksa, kain kafan itu hanya mengandungi senjata tajam dan skru

Berdasarkan akaun itu, pemilik kubur tersebut merupakan pasangan suami isteri bernama AS dan SK.

Kira-kira enam kubur dilapor dirobohkan di dua kampung di Daerah Leles, Cianjur, Jawa Barat.

Kes itu terbongkar selepas penduduk mengesyaki sepasang suami isteri telah memindahkan salah satu kubur ke kampung lain.

Salah satu kubur didakwa mengandungi mayat anak pasangan itu yang meninggal dunia akibat keguguran.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Hapuskan syirik, syirik adalah dosa yang paling besar dan tentunya mengundang kemurkaan Allah,” komen seorang netizen.

“Zaman sudah maju, tetapi pemikiran manusia masih belum berkembang,” komen netizen lain.