Mohamad Sabu profesional, tiada bincang tentang tukar parti, kata Idris Harun

Oleh BORHAN AHMAD

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Melaka, lapor Sinar Harian.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri berkata, pertemuan malam Khamis itu yang disertai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Bagi beliau, ia hanya sekadar pertemuan biasa dan beliau menerima ucapan tahniah daripada Mohamad Sabu kerana berani menolak kemungkaran.

“Mohamad datang berjumpa untuk ucapkan tahniah, dan mengatakan ini tindakan yang berani, memang kena ada orang-orang macam ini, jika tidak kemungkaran akan berterusan.

“Beliau profesional dan tiada perbincangan tentang parti,” katanya kepada media itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka sebelum kerajaan BN jatuh itu bersama tiga lagi Exco kerajaan negeri Melaka mengumumkan tindakan tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Umno yang ada.

Ke empat-empat mereka sedia berkerjasama dengan pembangkang iaitu Pakatan Harapan pimpinan Adly.