Mokhtar ingatkan pimpinan Pas jangan lawan Majlis Syura Ulamak dalam isu PN MN

Oleh NASUHA RAHMAN

Ahli Jawatankuasa Ulama Pas Pusat Mokhtar Senik mengingatkan pimpinan parti itu agar tidak mempunyai langkah yang berlawanan dengan Majlis Syura berkaitan Perikatan Nasional dan juga Muafakat Nasional.

Katanya, kenyataan dan penegasan Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas berkaitan PN dan MN hendaklah didokong oleh saf kepimpinan dan ahli disemua peringkat kerana ia merupakan penegasan badan tertinggi di dalam Pas.

Bahkan katanya, Presiden Pas sendiri berada dalam badan tersebut oleh itu pendirian MSU telah disambut penuh tegas oleh Dewan Ulamak PAS pusat melalui perutusan pertama ketuanya selepas muktamar khas dewan itu pada 31 Dec yg lalu.

“Oleh itu jangan ada kecenderungan atau langkah yang berlawan dengan Majlis Syura dan kepimpinan.

“Sekadar nak beri peringatan, jangan banyak wajah dan berwajah-wajah dalam perjuangan ini,” katanya.

Justeru beliau menegur sesetengah pimpinan agar jangan meletakkan kepentingan diri sebagai keutamaan.

“Nak walak kepada jamaah dan pimpinan walak laa betul-betul,” katanya lagi.

Pas pusat mengingatkan pimpinan negeri supaya berpegang kepada amanat Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menetapkan pendirian memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).