Aksi cekap penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dipuji ramai selepas berjaya menepis beberapa cubaan pihak lawan untuk membolosi gawang negara.
Syihan disebut-sebut sebagai wira dan turut diramal sebagai man of the match ketika perlawanan menentang Gajah Perang semalam.
Melihat ketangkasannya menafikan sepakan penalti pemain Thailand, ia sekaligus berjaya membawa Malaysia ke pentas final Piala Raja Thai 2022.

Momen-momen Syihan menepis bola di hadapan gawang gol turut tular di platform TikTok sehingga meraih pujian ramai.
Tengahari tadi juga, nama Syihan Hazmi trending di Twitter dengan ramai mengucapkan terima kasih atas perestasinya yang sangat memuaskan.
Boleh dikatakan tiga kali percubaan lawan berjaya ditepis oleh Syihan dengan sangat baik sepanjang 90 minit aksi berlangsung.
Selain itu, aksi beliau dalam menyelamatkan sepakan penalti daripada Supachok berjaya ditepis dengan baik oleh penjaga gol tersebut untuk membantu Malaysia melangkah ke pentas akhir.
Syihan dapat tumpuan penonton luar negara
Sementara itu, pengguna media sosial turut berkongsikan tangkap layar beberapa penonton luar negara yang menyaksikan perlawanan semalam dan turut memuji ketangkasan penjaga gol Malaysia.


Baca juga: Bob Lokman meninggal dunia